Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 13, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari Kampung Kubang Puyuh, Rantau Panjang, dipercayai didera ibu angkat dengan kesan luka dicucuh api pemetik api pada bahagian kaki kiri.

Kejadian disedari pada jam 8 pagi, kelmarin, apabila guru tadika mangsa terlihat kesan luka tersebut sebelum mangsa memberitahu kakinya luka disebabkan api pemetik api dicucuh suspek berusia 22 tahun yang dipanggil umi.

Pemeriksaan lanjut guru berkenaan ke atas tubuh kanak-kanak itu juga didapati ada kesan kecederaan lama dan parut dipercayai terkena air panas di rusuk kiri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, berikutan mengesyaki dia mangsa penderaan, beliau kemudian membuat laporan kepada polis sebelum kanak-kanak tersebut dirujuk ke Hospital Lati, Pasir Mas.

“Pemeriksaan awal ke atas mangsa mendapati ada luka lama dan baru di kaki serta kesan akibat terkena benda panas di perut. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut dan polis masih menunggu laporan perubatan untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa juga seorang yang aktif dan periang serta tidak menunjukkan kesan trauma, malah, masih mencari suspek serta ingin tinggal bersama wanita itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, semalam.

Beliau berkata, rakaman percakapan suspek sudah dibuat dan dia mengaku memukul mangsa, namun, tidak mencederakannya tetapi, bertujuan memberi pengajaran kepada mangsa kerana mendakwa kanak-kanak itu agak nakal.

“Suspek juga memberitahu polis, kesan parut terkena benda panas di perut mangsa pula, akibat daripada berebut air panas dengan sepupunya,” katanya.

Bagaimana pun, Jalaluddin berkata, siasatan masih lagi diteruskan dan jika wujud prima facie, maka, suspek akan ditahan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Mangsa adalah anak angkat kepada pasangan suri rumah dan juru kimpal itu dan ibu bapanya tidak diketahui siapa. Cuma dia dijaga dari kecil oleh abang kepada suami suspek sebelum suspek dan suami pula membela mangsa sejak 2011.

“Suspek juga mempunyai seorang anak berusia 15 bulan bersama suaminya itu,” katanya. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment