Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 2, 2014

No Comment
Seorang daripada penunjuk perasaan yang cedera dalam insiden pertempuran di utara Bangkok, semalam. - Foto Ihsan: EPA
BANGKOK - THAILAND. Letupan dan insiden tembakan mencemari ibu negara kurang 24 jam menjelang pilihan raya kontroversi yang dijadualkan hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan kepada AFP, keganasan tercetus selepas kumpulan penyokong Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) bertempur dengan kumpulan prokerajaan di sekitar Bangkok.

Jurucakap Pusat Kecemasan Erawan memaklumkan beberapa orang turut cedera dalam kejadian tersebut.

Difahamkan, insiden terbabit berlaku selepas kira-kira 200 penunjuk antikerajaan bertindak mengepung pusat pengedaran kotak undi di daerah Lak Si, utara Bangkok sebagai usaha untuk menggagalkan proses pengundian di seluruh negara.

Sekurang-kurangnya dua letupan menggegar kawasan itu selepas beberapa individu bertindak melakukan provokasi dengan melempar molotov coctail.

Beberapa pemerhati meramalkan kekecohan mungkin akan tercetus ketika proses pengundian tersebut walaupun pihak berkuasa telah mengambil langkah berjaga-jaga.

Protes yang berlarutan  sejak tiga bulan lalu telah meragut 10 nyawa manakala ratusan lagi cedera.  

0 comments:

Post a Comment