Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 5, 2014

No Comment

SEREMBAN – Kes demam denggi di Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan mendadak pada minggu kelima tahun ini iaitu sebanyak 226 berbanding 50 kes tempoh yang sama tahun lepas.

Mengumumkan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, “Jumlah keseluruhan kes demam denggi bagi seluruh negeri ini mulai 1 Januari hingga semalam adalah sebanyak 614 kes.

“Setakat ini tahun ini juga mencatatkan satu kematian melibatkan seorang lelaki dewasa di Taman Dusun Setia di sini disebabkan oleh denggi berdarah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata Seremban menjadi kawasan penyumbang kepada peningkatan kes demam denggi berkenaan berbanding kawasan lain.

Katanya, lima ‘hot-spot’ kes demam denggi di negeri ini dikenalpasti dan salah satu daripadanya ialah di Taman Seremban Jaya di sini.

“Peningkatan kes demam denggi ini merupakan sesuatu yang amat kita bimbangi dan saya harap ia menjadi sebagai sesuatu yang harus kita tangani bersama,” katanya.

Mohamad berkata sikap tidak endah segelintir masyarakat dengan kebersihan kawasan kediaman serta persekitaran perumahan mereka dilihat punca utama berlakunya peningkatan mendadak kes demam denggi berkenaan.

Katanya lebih memburukkan lagi keadaan ialah ada segelintir masyarakat sengaja membuang sampah menyebabkan ia menjadi takungan air untuk pembiakan nyamuk aedes.

Beliau berkata selain menjaga kebersihan kawasan masing-masing, pihak Jabatan Kesihatan juga telah diarah untuk mengambil pelbagai tindakan pencegahan termasuk penguatkuasaan bagi membendung masalah terbabit.

“Kita minta kawasan yang dikenal pasti, menjalankan aktiviti pembersihan secara gotong-royong selain menjalankan semburan asap bagi menghapuskan sarang pembiakan nyamuk aedes.

“Pada masa sama, saya menggesa orang ramai yang mempunyai simptom demam denggi agar segera ke hospital berdekatan untuk rawatan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment