JOHOR BAHRU – Kegembiraan sebuah keluarga seramai 12 orang yang berkelah di Tanjung Balau, Kota Tinggi sempena cuti Tahun Baharu Cina bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Rahmat Othman berkata, kejadian berlaku apabila mangsa J Krisna Kumar, 31, dari Permas Jaya dan R Ghanapathy, 32, dari Taman Ungku Tun Aminah, hanyut dibawa arus semasa berenang di pantai itu.
“Arus deras menarik kedua-dua sepupu itu ke kawasan yang dalam sebelum mereka menjerit meminta pertolongan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, polis menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan kira-kira 6.25 petang dan terus mengadakan operasi dan menyelamat mangsa.
Rahmat berkata, anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam menjumpai mayat mangsa pada 7.30 malam tidak jauh dari lokasi kali terakhir mereka dilihat.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment