Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 1, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata beliau sudah meminta kebenaran daripada Shalwati Norshal untuk membawa pulang empat anaknya ke Malaysia.

Katanya, beliau berbuat demikian semasa berjumpa dengan ibu empat beradik itu yang ditahan reman di penjara di Stockholm, Sweden, dengan wanita itu menandatangani surat kebenaran bagi tujuan itu.

Hamzah berkata, beliau perlu meminta kebenaran terlebih dahulu supaya tidak dilihat ‘memandai-mandai’ mengambil keputusan sendiri membawa pulang empat beradik itu tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

Katanya, beliau turut berbincang dengan guru yang bercuti tanpa gaji itu mengenai persekolahan anak-anaknya di sini, dan wanita itu meminta supaya anaknya ditempatkan di sekolah kebangsaan.

“Beliau tidak mahu memasukkan anak-anaknya ke sekolah antarabangsa kerana perbezaan budaya.

Kita akan bincang dengan anak-anak ini sekolah bagaimana yang mereka mahu,” katanya kepada pemberita di kediaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini, hari ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment