Ramai yang mencemburui kecantikan semulajadi yang dimiliki pelakon dan pengacara popular Indonesia, Luna Maya sehinggakan ramai mengidolakannya daripada segi bergaya dan berfesyen.
Dan pastinya ramai yang mahu mengetahui petua kecantikan bekas kekasih kepada Ariel Noah ni kan.
Antaranya Luna memastikan dia mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan dan mengambil makanan seimbang setiap hari.
Selain itu, Luna juga sudah dua tahun tidak mengambil makanan berdaging selain gemar melebihkan sayur dalam hidangan sehariannya.
“Sudah dua thaun saya tidak makan daging dan ramai ahli keluarga termasuk ibu hanya makan sayur,” kata pelakon berusia 31 tahun ini yang dipetik Harian Metro, hari ini.
Buat yang mengagumi Luna yang juga merupakan juri tetap Maharaja Lawak Mega 2013 ini, jangan lupa ikut petua yang dikongsikannya itu untuk mendapatkan tubuh badan langsing dan cantik sepertinya!
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment