Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 4, 2014

No Comment

JOSE Mourinho menegaskan bahawa tukang urut pasukan itu yang sebenarnya memberikan ucapan kata-kata semangat membawa kepada kejayaan Chelsea menewaskan Manchester City 1-0 di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Malah pengurus Chelsea itu menyatakan yang dia sendiri tidak memahami apa yang diperkatakan oleh tukang urut pasukannya itu.

Biarpun berjaya menamatkan rekod bersih City di gelanggang keramat pasukan lawan itu, Mourinho tetap mengakui Arsenal sebagai pasukan pilihan dalam perebutan kejuaraan musim ini tatkala Chelsea hanyalah umpama ‘orang luar’.

Dengan taktikal Mourinho tampak berjalan lancar sepanjang perlawanan yang menyaksikan jaringan kemenangan diperolehi menerusi rembatan deras Branislav Ivanovic pada babak pertama, pengendali dari Portugal itu berkata, ucapan kata-kata semangat sebelum perlawanan dilakukan tukang urut pasukannya, Billy McCulloch yang berasal dari Scotland dan dia sendiri langsung tidak berkata apa-apa.

“Saya tak cakap apa-apa. Billy yang memberikan ucapan kepada pasukan. Dia bercakap panjang dalam loghat Scotland. Jadi saya tidak begitu faham. Serius saya katakan. Tapi semua pemain bertepuk tangan. Jadi ia ucapan daripada Billy. Dia cukup hebat,” kata Mourinho.

Keputusan aksi awal pagi tadi itu menyaksikan Arsenal kekal di tangga teratas dengan 55 mata manakala City kekal di tangga kedua dengan terikat 53 mata bersama-sama Chelsea di tangga ketiga. Liverpool di tangga keempat dengan 47 mata.

Sementara itu, pengurus City, Manuel Pellegrini yang kecewa dengan kekalahan itu berkata: “Kami memiliki banyak peluang terbuka tetapi gagal menyempurnakannya. Ia perlawanan cukup sengit dengan kami turun tanpa Sergio Aguero dan Fernandinho yang cedera.”

Jadual perlawanan EPL

Sabtu ini

Liverpool lwn Arsenal, 8.45 mlm
Aston Villa lwn West Ham, 11 mlm
Chelsea lwn Newcastle, 11 mlm
Crystal Palace lwn West Brom, 11 mlm
Norwich lwn Man City, 11 mlm
Southampton lwn Stoke, 11 mlm
Sunderland lwn Hull, 11 mlm
Swansea lwn Cardiff, 1.30 pagi

Ahad ini

Tottenham lwn Everton, 9.30 mlm
Man United lwn Fulham, 12 tgh mlm

0 comments:

Post a Comment