Wang tunai RM1000, kad pengenalan dan kad kredit milik penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) lesap apabila dia disamun.
Kejadian dilaporkan berlaku ketika Aishah dalam perjalanan pulang ke rumah bersama anaknya kira-kira jam 9.15 malam, baru-baru ini.
Walaupun mengalami kerugian, penyanyi itu dan anak-anak bagaimanapun tidak diapa-apakan.
Penjenayah yang melakukannya sukar dikesan memandangkan CCTV di kawasan kejadian mengalami kerosakan, manakala Aishah pula tidak dapat mengecam wajah mereka.
Selepas meninggalkan dunia seni Aishah kini aktif berpolitik bersama parti pilihannya, PAS dan pernah bertanding untuk kerusi DUN Jempol pada PRU13 lalu. - REM RAMZI
Sumber: rakyatnews.my
0 comments:
Post a Comment