Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 4, 2014

No Comment

SIBU – Pemimpin-pemimpin pihak yang bertelingkah dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu berbincang dan menyelesaikan perbezaan mereka sebelum pilihan raya negeri pada 2016.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau sedih melihat mereka saling bertelingkah dan tidak mengendahkan komitmen asas Barisan Nasional (BN) supaya pihak yang bertanding atas tiketnya perlu mematuhi agendanya.

Pertikaian itu turut menjejaskan perpaduan politik masyarakat Cina di negeri ini, katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Cina Bersatu Sibu di sini, malam tadi.

“Saya berharap nasihat dan amaran ini belum lagi terlambat walaupun kita sudah kesuntukan masa. Saya berasa amat bimbang mereka mengambil langkah mengundur, kecuali ada usaha diambil untuk memelihara perpaduan ini seperti 50 tahun lepas.

“Mereka akhirnya mungkin ketinggalan dalam penyertaan bermakna dalam kerajaan jika tidak mempunyai pasukan untuk mewakili mereka,” kata beliau.

SUPP, parti politik tertua di negeri ini, juga berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftarannya.

Pendaftar Pertubuhan telah mengemukakan Notis Tunjuk Sebab kepada parti itu berikutan aduan berlakunya penyelewengan dalam pemilihan cawangan manakala cawangan Bekenu dan Piasau telah dibatalkan pendaftarannya bulan lepas.

Pada pilihan raya negeri 2011, SUPP tewas di lapan daripada 12 kerusi yang ditandinginya.

Taib berkata perpaduan masyarakat Cina adalah sangat penting kerana Sarawak bakal memasuki fasa pembangunan ekonomi menerusi proses perindustrian lebih besar menerusi pelaksanaan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Masyarakat Cina perlu mempunyai satu pasukan yang dapat bergandingan dengan kaum lain dalam melangkah ke arah perindustrian. Diharapkan para pemimpin ini dapat menyelesaikan perbezaan mereka menjelang pertengahan tahun ini.

“Anda perlu bina satu kepimpinan baharu. Janganlah biarkan agenda yang kurang penting menghalang masyarakat daripada menjadikan Sarawak sebuah negeri yang amat kaya menjelang 2030,” katanya.

Taib, yang juga pengerusi BN Negeri berkata partinya, Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berhasrat membantu SUPP untuk mengembalikan kekuatan dan keyakinannya dalam kalangan masyarakat Cina namun tidak mahu campur tangan dalam pengendalian parti komponen BN.

Parti komponen BN lain di negeri ini seperti Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) juga mahu membantu SUPP menjadi kukuh dan bersatu semula sebelum pilihan raya negeri 2016, katanya.

Taib berkata SUPP juga pernah diterajui pemimpin yang berwibawa seperti mendiang Tan Sri Ong Kee Hui dan Datuk Amar Stephen Yong. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment