Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 7, 2014

No Comment

KUALA SELANGOR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) agar menjadikan diri mereka sebagai agen perubahan dalam membantu merealisasikan impian negara.

Baginda bertitah pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki mahasiswa boleh dikongsi dengan masyarakat setempat sekali gus mampu mencorak mereka ke arah masa hadapan yang lebih baik.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMap bertitah demikian selepas merasmikan program Inovasi Sosial 1Malaysia (InoS1M) kali ke-7, di Dewan Besar Umno di sini hari ini.

Lebih 80 mahasiswa berhimpun di 24 kampung seluruh kawasan Parlimen Kuala Selangor hari ini bagi menyertai program Inovasi Sosial selama tiga hari anjuran UniMAP.

Baginda bertitah program anjuran UniMap itu merupakan usaha bersepadu dan merupakan platform kepada mahasiswa dalam melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

“Sesungguhnya, langkah untuk mendekatkan pihak universiti dengan masyarakat ini merupakan sebahagian daripada proses bagi melengkapkan para mahasiswa untuk menjadi modal insan berkualiti dan mahu berbakti suatu hari kelak,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin turut berharap mahasiswa yang menyertai program itu akan menyebarkan maklumat mengenai peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh universiti terutamanya dalam bidang pembangunan serta kemajuan sains dan teknologi.

“Ini akan memupuk minat anggota masyarakat untuk memahami, menghayati serta membudayakan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian mereka,” titah baginda. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment