Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

One Comment

Selera manusia tidak sama, kadang-kadang sedap di mulut kita tapi sebaliknya bagi orang lain.

Sebab itulah ada sesetengah restoran yang jadi kegemaran kita, mungkin tidak disukai sesetengah rakan-rakan kerana berasakan ia tidak kena dengan selera mereka.

Bagaimanapun apabila restoran itu milik selebriti popular, sudah tentulah sedikit sebanyak orang akan berminat untuk menyebarkan sebarang testimoni yang didengar.

Mungkin itulah yang berlaku apabila beberapa pelanggan dikatakan mengadu kepada sebuah akhbar tempatan bahawa makanan yang disajikan di restoran pelakon, Serina Redzuawan indah khabar dari rupa.


Apabila diminta menjawab keluhan pelanggan tersebut, Serina yang turut dikenali umum sebagai anak Chef Wan menganggap hal ini tidak perlu diperbesarkan kerana masih ramai pelanggan lain yang berpuas hati dengan makanan disajikan di restoran miliknya yang terletak di Kota Damansara itu.

Serina juga beranggapan tidak mustahil ada pihak cuba untuk menjatuhkan perniagaannya dengan mereka cerita.

Begitu pun, Serina turut meluahkan bimbang jika papanya (Chef Wan) akan naik angin dengan berita ini kerana ia mampu menjejaskan reputasi dan perniagaannya.

Hm, bersabarlah Serina. Kalau betul kualiti makanannya tinggi maka tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana ‘produk yang baik pasti akan bercakap dengan sendiri’. Betul tak? - REM RAMZI

Sumber: Harian Metro

1 comments:

  1. saya dan keluarga ada ke restoran nasi kandaq terkemuka di KL. ..
    ..pada saya rasanya tak sedap pun. ..tapi byr mahal. ..
    ...tp ada yg suka...
    ..so it's a matter of taste...
    ...or maybe it wasn't the chef's day that day...

    ReplyDelete