Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

KUANTAN – Terowong bawah tanah menjadi lorong tikus kepada mat gian di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini untuk bersembunyi dan melarikan diri ketika diserbu polis dalam Ops Tapis semalam.

Terowong yang berfungsi sebagai laluan air itu membolehkan penagih keluar melalui pasar borong kira-kira satu kilometer dari jeti berkenaan selain menjadi port mereka melepas gian ketika air surut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen negeri, Superintendan Yap Toon Kuan berkata, tinggi dan lebar terowong itu membolehkan seseorang individu berlari melaluinya.

“Ketika serbuan dibuat, terowong itu sebagai laluan melepaskan diri dari ditangkap polis,” katanya kepada media selepas Ops Tapis di jeti LKIM itu, kelmarin.

Justeru, katanya, satu perbincangan dengan pengurusan jeti LKIM supaya mengambil langkah segera menutup terowong berkenaan bagi menyukarkan mat gian masuk ke dalam terowong berkenaan.

Beliau berkata, usaha lain ‘membersihkan’ jeti itu daripada penagih dan pembekal ialah dengan meningkatkan tahap keselamatan.

“Kita akan cadangkan supaya jeti ini menjadi kawasan larangan dan orang ramai tidak boleh masuk dengan sewenang-wenangnya,” katanya.

Toon Kuan berkata, dalam operasi bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang itu, seramai 122 lelaki termasuk lima warga Myanmar, empat warga Thailand dan seorang warga Indonesia.

Selepas ujian urin, seorang lelaki ditahan di bawah seksyen 12 (2) Akta dadah berbahaya manakala 41 lagi bakal berdepan hukuman di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih dadah 1983.

Menurutnya, jeti LKIM menjadi port penagih dadah tegar malah ada yang membawa anak kecil ketika urusan membeli dadah semata-mata mahu mengaburi pihak berkuasa.

“Ada juga penagih dari luar daerah Kuantan yang sanggup datang walaupun sakit dan bertongkat kerana gian dadah,” katanya.

Operasi berkenaan katanya, membabitkan tiga Pegawai polis, 34 anggota keselamatan termasuk Maritim dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment