Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

DENGAN kebijaksanaan juruterbang, sebuah pesawat yang dalam penerbangan ke wilayah Sochi di Russia gagal dirampas seorang lelaki Ukraine.

Juruterbang itu membuat helah dengan mendarat di Istanbul, Turki sedangkan lelaki yang merampas kapal terbang itu mahu ia mendarat di Sochi yang kebetulan sedang berlangsung Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 yang secara rasminya dibuka awal pagi tadi.

Perampas kapal terbang itu berjaya ditahan dalam satu drama selama kira-kira empat jam dengan pesawat yang penuh dengan penumpang.

Segala-galanya bermula apabila pesawat Pegasus Airlines berlepas dari Kharkiv, Ukraine dengan 110 orang penumpang memberikan isyarat kepada menara kawalan berkenaan berlakunya cubaan merampas kapal terbang itu, menurut laporan stesen televisyen NTV.

Sebuah pesawat pejuang F-16 dari Turki dikerahkan untuk terbang mengiringi pesawat yang terancam itu sebaik isyarat rampasan diterima.

Pesawat Pegasus itu kemudiannya diiringi dengan selamat sebelum mendarat di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di Istanbul.

Pihak berkuasa Turki memuji tindakan juruterbang dan kru pesawat berkenaan kerana berjaya menipu suspek yang berusia 45 tahun bahawa mereka sebenarnya sedang menuruti kemahuannya.

Suspek turut mendakwa dia memiliki sebutir bom ketika di atas pesawat berkenaan.

“Dengan kepintaran tindakan yang dilakukan juruterbang dan kru pesawat, ia berjaya mendarat di Istanbul dan bukannya Sochi.

“Lelaki itu menjangkakan pesawat itu akan mendarat di Sochi, tetapi kemudian menyedari bahawa dia telah dibawa untuk mendarat di Istanbul,” kata Gobernor Istanbul Huseyin Avni Mutlu.

Bandar peranginan di Sochi kini berada dalam kawalan keselamatan yang ketat ekoran penganjuran Sukan Olimpik dan ia juga dikatakan berkemungkinan besar menjadi sasaran pengganas sepanjang temasya sukan itu berlangsung. – IBNU K

0 comments:

Post a Comment