Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – DAP meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat pihak tertentu kerana didakwa sedang menghasut orang ramai supaya mengulangi insiden berdarah 13 Mei di negara ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, perkara itu perlu ditangani segera kerana situasi itu menyebabkan Malaysia dipandang serong oleh negara luar apabila terdapat laman web di Pakistan mendakwa tiada lagi keamanan dan toleransi di Malaysia.

“Sekarang ini tiada siapa boleh mendakwa Malaysia sebuah negara yang aman, harmoni dan bahagia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang dalam pada itu menuduh polis seolah-olah `tutup mata’ dalam beberapa insiden berbaur perkauman dan keagamaan yang dilakukan oleh bbeberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam baru-baru ini.

Dakwanya, lebih 15 laporan polis terhadap insiden berbaur perkauman dan keagamaan di buat di seluruh negara tetapi polis masih belum mengambil tindakan termasuk mengambil keterangan NGO terbabit.

“Mengapa pasukan polis boleh membenarkan ancaman tragedi 13 Mei berulang ini berterusan di Malaysia,” dakwanya lagi.

0 comments:

Post a Comment