Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 2, 2014

No Comment
Norsuhadah menunjukkan lokasi kemalangan yang menimpa sepupunya. - Foto Sinar Harian

KOTA BHARU - Seorang remaja maut dalam kejadian langgar lari di Panchor, Kemumin, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Muhammad Arif Salleh, 13, ditemani sepupunya, Norsuhadah Fauzi, 17, ke kedai untuk membeli kad tambah nilai telefon bimbitnya, sebelum dilanggar kenderaan jenis Myvi yang secara tiba-tiba merempuhnya dari belakang.

Norsuhadah ketika ditemui berkata, dia berjalan kaki beberapa meter di belakang mangsa di bahu kiri jalan menghala ke Panchor dan melihat sebuah kereta berwarna putih laju melepasinya dan tiba-tiba melanggar sepupunya.

“Saya nampak sebuah kereta jenis Myvi berwarna putih dan bercermin gelap melanggar sepupu saya di bahu jalan. Selepas dilanggar, dia digilis kereta terbabit yang terus berlalu pergi.

“Sebuah kenderaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang kebetulan lalu di situ memberikan  bantuan dan membuat panggilan kecemasan,” katanya di Kampung Panji, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa diseret sejauh 4.6 meter dan ditinggalkan dalam keadaan cedera parah.

“Kenderaan itu terus beredar meninggalkan tempat kejadian dan polis masih mengesan pemilik kereta serta sedang mengenal pasti nombor pendaftarannya,” katanya kepada media, semalam.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan susulan namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam.

“Kita masih meneruskan siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment