Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 5, 2014

No Comment

SIAPA yang dapat melupakan kehebatan ‘Raja SMS’, Asmawi Ani atau Mawi yang pernah muncul melalui program realiti Akademi Fantasia musim ketiga beberapa tahun lalu.

Namun, itu cerita sembilan tahun lalu. Kini, kegemilangan penyanyi yang pernah mencetuskan fenomena ‘Tsumawi’ itu dilihat semakin suram.


Pendek kata, jauh sekali dari populariti yang pernah dikecapinya sebelum ini.

Tetapi, biar pun suami kepada Nora’ Asikin Rahmat atau Ekin, 34, dan bapa kepada Cahaya Malaika, 2, itu tidak lagi ‘dipuja’ seperti dahulu, ia tidak mendatangkan masalah padanya.

Malah, menerusi Harian Metro, Mawi mengakui bahawa dia kini lebih tenang dan gembira dengan kehidupan ‘low profile’nya.

“Kini, populariti bukan lagi keutamaan saya. Sekadar peminat masih kenal dan ingat siapa Mawi, itu sudah memadai. Jadi, saya tidak pernah kesal dengan apa yang dilalui dulu dan sekarang kerana pengalaman mematangkan diri.

“Apa yang pasti, kini saya bahagia dalam kehidupan berkeluarga. Anak semakin membesar dan saya pula bersama Ekin sekarang sibuk dengan urusan perniagaan produk kesihatan kami di bawah label sendiri, UneQuein,” ujarnya.

Mawi turut berkata, dia bertuah kerana mempunyai isteri yang meminati bidang perniagaan sekaligus memudahkan mereka untuk saling bekerjasama.

Sejujurnya, kami tabik dengan penyanyi ini kerana bijak merancang masa depan keluarganya dengan berniaga.

Apa tidaknya, melihat gambar kediaman Mawi saja, mungkin anda boleh membayangkan betapa senangnya kehidupan penyanyi itu kini.



0 comments:

Post a Comment