Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 5, 2014

No Comment

SELEPAS dikecam hebat, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok membuat laporan polis hari ini selepas mendakwa menerima ugutan bunuh berkaitan klip video kontroveri beliau berkaitan sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Menurut laporan The Malaysian Insider, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa mengesahkan polis telah menerima laporan berkenaan.

“Kami sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi, Rabu.

Difahamkan Teresa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di ibu negara.

Teresa, yang juga naib pengerusi DAP didakwa telah memuat naik klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ pada 27 Januari di saluran YouTube DAP Seputeh.

Dalam klip video berbahasa Mandarin tetapi disertai sari kata bahasa Inggeris itu, teresa bertindak sebagai hos program bual bicara membincangkan “feng shui” pelbagai isu dengan tiga tetamu.

‘Tiga ahli panel’ seolah-olah mempersendakan pelbagai isu seperti sistem pendidikan di Malaysia dan pencerobohan di Sabah tahun lepas.

Sebagai seorang Ahli Parlimen yang bukannya baru seketika berkecimpung dalam bidang politik di Malaysia, Teresa seharusnya tahu apakah tindakan yang akan mencemar sensitiviti khususnya bangsa Melayu di negara ini.

Teresa juga pastinya sudah arif akan akibat yang akan diterimanya jika tampil dalam video seumpama itu.

Bukan sahaja Teresa bakal dikecam sudah tentu ada pihak yang akan membuat pelbagai jenis ugutan termasuk ugutan bunuh jika Teresa terus melakukan keceluparan seperti itu.

Jadi, jika mahu bermain api, jangan takut ia akan menyambar kerana sudah rasminya api menyambar jika dicurah dengan petrol.. – KUMBANG WIRA

0 comments:

Post a Comment