Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 12, 2014

No Comment

AGAK lama kita tidak mendengar cerita pelakon yang juga deejay kelab, Nas-T semenjak putus cinta dengan Nabila Huda.

Menerusi portal Ohbulan!, dia mengakui bahawa dirinya masih kerap diajukan soalan berkaitan dengan perkara itu.

“Perkara itu sudah berlalu. I pun dah move on, begitu juga dia. Cuma nak menjawab itu yang penat. Tapi I faham bahawa sesetengah orang tidak tahu dan saya kena beri penjelasan sebenarnya. I tak nak nanti followers I ingat yang I ni artis kontroversi.

“Benda tu tidak memberi kesan kepada persahabatan kami. Sebab saya dan dia pun mulanya berkawan. Masa itu, kami mencuba menjadi lebih daripada kawan.

“Apapun, sekarang ini hubungan kami masih baik. Dia ada hal dia, dan saya pun sibuk dengan urusan saya,” ujarnya.


Menurut Nas-T, sehingga kini dia masih sendiri dan hanya mahu memberi fokus terhadap kerjayanya.

Bagi mereka yang rindukan aksi jejaka ini di kaca televisyen, dia akan muncul dalam program Fear Factor Malaysia yang akan mula bersiaran pada 15 Februari depan.

Oleh: ELZA

(Sumber asal: Ohbulan)

0 comments:

Post a Comment