Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 19, 2014

No Comment


Kumpulan militan Ansar Bayt al-Maqdis memberi amaran kepada pelancong yang masih berada di Mesir supaya meninggalkan negara tersebut dalam kadar segera sebelum terlambat.

Militan tersebut menggertak bahawa selepas 20 Februari, mereka akan melakukan serangan tanpa mengira sesiapa pun.

Kumpulan ini dipercayai mendalangi kejadian bom Ahad lalu yang membunuh dua pelancong Korea Selatan dan seorang rakyat Mesir.

Serangan dilakukan oleh pengebom berani mati di sebuah bas yang dalam perjalanan dari Israel ke gereja St Catherine yang merupakan tempat tarikan pelancong di selatan Sinai.

Pada 2004, kejadian bom di pusat peranginan Sinai di Taba membunuh 34 orang, termasuk pelancong dari Yahudi yang merupakan sasaran utama. – REM RAMZI

Sumber: Euronews 

0 comments:

Post a Comment