KOTA BAHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengingatkan pemaju di negeri itu agar mematuhi syarat yang ditetapkan jika mahu bangunan mereka diberi Sijil Layak Menduduki (CF).
Ini kerana kata Pengarahnya Azmi Osman, sepanjang tahun lepas pihaknya hanya meluluskan 156 permohonan daripada 1,022 pelan yang diterima.
“Kita tidak pasti sama ada pemaju memahami syarat yang ditetapkan atau mereka ingin menjimatkan kos pembinaan.
“Kami kenal pasti kebakaran berlaku disebabkan sikap begini. Kita pandang serius perkara ini dan kita akan memperketatkan syarat memperoleh CF pada tahun ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga awal Februari tahun ini pihaknya menerima laporan 60 kes kebakaran di seluruh Kelantan.
“Daripada jumlah itu 13 membabitkan kebakaran bangunan pada bulan lepas dan yang selebihnya kebakaran biasa seperti kebakaran lalang.
“Angka kerugian keseluruhan kebakaran pada bulan lepas ialah sebanyak RM3.8 juta,” katanya. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment