Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

Nigeria – Seorang penyanyi pop Nigeria dan Cameroon, Dencia mempertahankan produk krim penjagaan kulit keluarannya, Whitenicious yang dikatakan bertujuan untuk memutihkan kulit.

Dalam satu temubual, Dencia berkata, krim itu bertujuan membuang rompok hitam dan jika pelanggan menggunakan untuk memutihkan kulit mereka, maka ia di luar kawalannya.

“Saya bukannya berkulit hitam dalam kehidupan sebenar dan saya tidak peduli dengan kritikan itu kerana produk ini merupakan perniagaan saya,’’ katanya yang menjadi putih secara drastik selepas menggunakan Whitenicious.

Berdasarkan laman web produk berkenaan, Whitenicious menggunakan slogan `ucapkan selamat tinggal kepada pigmentasi dan tompok hitam selamanya’ dan berkesan memutihkan kulit dalam masa hanya tujuh hari.


Pemutihan kulit menjadi trend di Afrika Barat dan penghasilan produk berkenaan menambahkan kemarahan pengkritik.

Malah tindakan Dencia yang menjadikan dirinya sendiri dengan menukar warna kulit untuk tujuan pemasaran juga dikecam.

Namun Dencia tetap mempertahankan bahawa produk itu bukan untuk pemutihan sebaliknya hanya menghapuskan tompok hitam.

0 comments:

Post a Comment