Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

Bangkok – Kumpulan antikerajaan Thailand semalam merancang memungut derma bagi membantu golongan petani yang berdepan kesukaran selepas menyertai skim kontroversi.

Dilihat sebagai langkah mengumpul sokongan di kalangan peminat tegar keluarga Shinawatra, jurucakap kumpulan penunjuk perasaan itu berkata, mereka akan berarak melalui kawasan Silom untuk mengumpul derma membantu petani terbabit. Menurut Akanat Promphan, mereka mahu menunjukkan cara “mendapatkan wang daripada golongan kaya untuk membantu yang miskin.” Bagaimanapun wakil kumpulan petani itu nampaknya enggan membabitkan diri mereka dengan penunjuk perasaan.

Presiden Persatuan Penanam Padi Thailand, Prasit Boonchoey berkata, mereka berkumpul di depan bangunan Kementerian Perdagangan untuk membawa masalah mereka kepada kerajaan. “Ini masalah petani dan kami tidak menyokong tunjuk perasaan pimpinan Ssuthep Thaugsuban.

“Kami hanya menuntut hak kami seperti dijanji kerajaan,” katanya. Selepas menghadapi krisis harga padi yang merudum, kerajaan memperkenalkan skim bantuan dengan membeli bahan itu daripada petani dengan harga lebih tinggi berbanding pasaran.

Bagaimanapun masalah timbul apabila agensi pengurusannya gagal membuat bayaran kepada petani. Keadaan itu berlaku kerana kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra sendiri gagal menjualnya semula. Sesetengah petani masih menunggu bayaran mereka sejak berbulan-bulan lalu. Berbanding kelas pertengahan Thailand, golongan petani, miskin dan penduduk luar bandar adalah penyokong tegar Yingluck dan abangnya, Thaksin.

Semalam Jaringan Petani Utara yang dianggotai 50,000 ahli mengepung Dewan Bandaraya Phichit dan membuat sekatan jalan di sekitar wilayah berkenaan. – Reuters

0 comments:

Post a Comment