Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

Kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat penerbitan di Amerika, International Living mendapati bahawa sistem perkhidmatan kesihatan Malaysia berada di tangga ke-3 terbaik dalam senarai 24 negara bagi Indeks Persaraan Global 2014 – mengenepikan negara seperti Sepanyol, Itali, Ireland dan New Zealand.

Indeks tersebut, seperti yang diterbitkan oleh sebuah majalah dari Baltimore, memuji sistem perkhidmatan kesihatan Malaysia yang berjaya meraih 95 mata daripada jumlah keseluruhan 100 mata atas sebab di mana pengamal perkhidmatan kesihatan di negara ini adalah ‘sama taraf atau lebih baik berbanding mutu perkhidmatan yang terdapat pada
kebanyakan negara Barat’.

Menurut koresponden Asia bagi portal InternationalLiving.com.,”buat masa ini, warga asing masih tidak mempunyai akses bagi sistem perkhidmatan kesihatan awam di Malaysia. Namun kos bagi perkhidmatan kesihatan serta pilihan perkhidmatan insurans kesihatan di negara ini masih berada dalam kadar rendah di mana konsultasi doktor hanya bernilai ASD16 dan pemeriksaan gigi pula hanya bernilai ASD9.

Majalah bulanan yang memberi fokus kepada tempat-tempat menarik di dunia yang sesuai untuk didiami, bersara, mengembara dan melabur mengeluarkan kenyataan dalam salah satu daripada artikel mereka pada 6 Februari bahawa Malaysia berjaya meraih populariti sebagai destinasi perlancongan-perubatan kerana mutu perkhidmatan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik dan termurah di dunia.

Perancis berjaya mendapat tempat pertama dalam senarai ini dengan 97 mata manakala Uruguay di tangga kedua dengan 96 mata.

Menurut majalah tersebut, indeks ini mengambil kira kos serta kualiti perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh setiap negara.

“Kos bagi setiap konsultasi doktor dan harga insurans kesihatan sahaja sudah cukup untuk menilai perkara ini.

“Selain itu, indeks ini juga menilai nisbah jumlah pesakit bagi setiap doktor, jumlah katil hospital untuk setiap 1,000 pesakit, kadar peratusan populasi yang mendapat bekalan air bersih, kadar kematian bayi, jangka hayat serta kos perkhidmatan kesihatan awam pada peratusan KDNK negara yang terlibat,” tambah majalah tersebut.

Sumber: The Star

0 comments:

Post a Comment