Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Portal perkhidmatan pelanggan Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM) menguruskan kira-kira 120 urusan secara dalam talian sebulan sejak kemudahan itu diwujudkan oleh syarikat itu pada September tahun lalu.

MBSM dalam satu kenyataan media memberitahu, semua urusan yang dikemukakan oleh pelanggan syarikat tersebut menerusi portal berkenaan berjaya dibantu dalam tempoh 24 jam.

“Portal dalam talian ini telah direka khas untuk pelanggan sedia ada untuk menyemak butiran kontrak, mencetak penyata akaun, memantau pelan pembayaran balik dan menganggarkan jumlah bayaran bagi penjelasan awal.

“Sebarang pertanyaan dan permintaan juga boleh dibuat kepada MBSM menerusi portal myMBFS tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

MBSM turut memaklumkan, orang ramai boleh juga mendapatkan maklumat pembiayaan kenderaan dengan selamat menerusi aplikasi myMBFS oleh pengguna iOS dan Android.

Melalui aplikasi itu, orang ramai boleh memperoleh ansuran bulanan yang dianggarkan bagi kenderaan pilihan mereka, menyemak promosi, menghubungi wakil perkhidmatan pelanggan dan mencari lokasi wakil penjual Mercedes-Benz berhampiran.

Untuk melayari portal tersebut, pelanggan MBSM perlu mengunjungi laman web www.mymbfs.com.my atau memuat turun aplikasi myMBFS dan mengikut arahan untuk mendaftar yang diberikan.

“Pendaftaran memerlukan nombor Kad Pengenalan, nombor paspot pelanggan atau nombor pendaftaran syarikat.

“Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan lanjut, sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan MBSM di talian 1-800-22-6237,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment