KUALA LUMPUR – Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang terpaksa diadakan semula bukti sikap tamak Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kuasa.
Ketua Pemuda MIC, C.Sivarraajh berkata, sikap tamak Anwar itu juga menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh daripada PKR dipaksa meletakkan jawatan semata-mata untuk memenuhi hasrat ketuanya menjadi Menteri Besar Selangor.
“Calon yang diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipaksa meletakkan jawatan atas sebab politik parti.
“Tambahan pula pemimpin yang telah bertungkus lumus memajukan negeri Selangor pula (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dikehendaki mengosongkan kerusinya (Menteri Besar Selangor) tidak lama lagi,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Sivarraajh mengulangi jaminan Pemuda MIC akan berjuang habis-habisan bagi memenangi kerusi DUN Kajang daripada pakatan pembangkang terutamanya daripada calon-calon yang sedang kegilaan kuasa.
Beliau turut memberi peringatan kepada pengundi Kajang bahawa PRK DUN Kajang yang terpaksa diadakan membuktikan pilihan rakyat bukan keutamaan kepada Anwar dan PKR.
“Kami bersama parti-parti komponen BN akan memastikan calon BN menang dalam PRK ini,” katanya
0 comments:
Post a Comment