Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 20, 2014

No Comment

Berita pelakon cantik Hanez Suraya bakal menamatkan zaman anak daranya tidak lama lagi, bukan lagi satu rahsia. Lebih-lebih lai sejak dua tiga menjak ini kerap tertera kenyataan dari tuan empunya badan sendiri mengesahkan mengenai hari bahagianya itu.

Menurut Hanez, 29, dia bukan berniat menjaja mengenai hal perkahwinannya tetapi tujuannya berterus terang kepada umum adalah kerana mahu mengelak daripada difitnah.

“Sebagai selebriti saya tahu yang peminat sentiasa ingin tahu mengenai diri saya. Saya bukan nak sorok-sorok. Lagipun kalau saya sorok, nanti bila ada yang nampak saya kelaur bersama dia, akan timbul pula cerita yang bukan-bukan. Jadi saya teruka untuk berkongsi kepada semua”, katanya ketika ditemui pada sidang media Anuerah Bintang Popular (ABPBH2013), baru-baru ini.

Begitupun pelakon Autumn di Hati Ku ini enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai siapakah gerangan jejaka yang berjaya menambat hatinya itu.

“Tapi cukuplah saya berkongsi sekadar yang sepatutnya buat masa ini. Saya bimbang seandainya apa yang dirancang tidak menjadi, nanti malu. Bakal suami saya seorang yang bekerja dalam bidang pembinaan. Kami baru saja 3 bulan berkenalan” katanya yang hanya membahasakan kepada media nama jejaka misteri itu sebagai Mr. R.

Beritahu Hanez, segala persiapan sedang dibuat dan dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan selepas dia selesai menjayakan pementasan sebuah teater di Istana Budaya sekitar bulan Jun nanti. - Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment