Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

Seorang pelajar tingkatan satu SMK Bandar Rinching, Semenyih, Selangor membunuh diri dengan meminum racun selepas tidak tahan sering dibuli di sekolah.


T. Kavinraj, 12, didakwa ibunya (gambar) sering didera secara mental dan fizikal selepas kematian bapanya awal tahun lepas termasuk dilondehkan seluar di khalayak ramai.

Dakwaan ini disokong bapa saudara Kavinraj, D. Saambha Shevam, 48, yang menyatakan mangsa ada mengadu tentang perbuatan buli di sekolahnya.

Malah, mangsa pernah memintanya datang ke sekolah untuk bertemu pelajar yang membulinya namun permintaan itu tidak dituruti kerana bimbang Kavinraj akan diejek lebih teruk.

Kavinraj dikatakan turut mengadu tentang hal ini kepada guru di sekolahnya.

Namun belum sempat sebarang tindakan diambil, mangsa yang merupakan pengawas dan mempunyai sifat pendiam dan gemar membaca sudah pun mengambil tindakan sendiri mengakhiri riwayatnya dengan minum racun, Jumaat lalu. – REM RAMZI

Sumber: Malay Mail Online

0 comments:

Post a Comment