TEKA-TEKI mengenai pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya terjawab apabila beliau mengumumkan Menteri Tugas Tugas Khas Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bakal memegang jawatan itu berkuatkuasa 1 Mac ini.
Surat perletakan jawatannya yang berkuatkuasa 28 Februari ini telah diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, hari ini.
Beberapa hari lalu, Taib Mahmud mengesahkan beliau akan meletakkan jawatan dan mengumumkan penggantinya dalam tempoh terdekat.
Melalui mesyuarat bersama Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta kaukus khas, kuasa menamakan pengganti telah diserahkan kepada Ketua Menteri itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment