BANGKOK – THAILAND. Tembakan dilepaskan di kawasan tunjuk perasaan kumpulan antikerajaan di Jalan Chaeng Wattana dan persimpangan Lat Phrao awal pagi ini.
Tembakan pertama berlaku di Chaeng Wattana soi 10 di hadapan pejabat daerah Lak Si di mana lokasi tapak perhimpunan penyokong-penyokong Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC).
Tembakan dilepaskan pada sebuah trak 10 tayar yang digunakan sebagai sekatan.
Satu lagi tembakan berlaku kira-kira jam 2 pagi di persimpangan Lat Phrao apabila penembak di dalam sebuah kereta melepaskan enam butir peluru dan mencampakkan mercun besar di lokasi perhimpunan.
Selepas kejadian itu, penunjuk perasaan mula mengetatkan kawalan keselamatan.
Tiada kecederaan dilaporkan untuk kedua-dua kejadian tembakan. – Bangkok Post.
0 comments:
Post a Comment