Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 18, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik  (TPPA) menyediakan peluang perdagangan kepada Malaysia di pasaran baharu yang tidak termasuk dalam perjanjian sedia ada sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Institut Kajian Strategik dan Kepimpinan Asia (Asli),  Tan Sri Dr Michael Yeoh, berkata perjanjian itu akan memberi manfaat dari segi daya saing ekonominya.

“TPPA membolehkan kita meneroka ke pasaran baharu yang berada di luar daripada perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada kita, seperti AS, yang menyediakan peluang yang amat besar,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

TPPA merupakan inisiatif FTA melibatkan Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam.

Yeoh berkata penting bagi negara untuk terlibat di peringkat awal rundingan dengan semua negara yang lain bagi perjanjian itu.

“Jika kita tidak melakukannya, sebaik sahaja TPPA dimuktamadkan dan dipersetujui oleh semua negara lain, kita perlu patuh kepada syarat-syarat yang dipersetujui oleh mereka dan kebimbangan kita tidak akan dapat disuarakan.

“Antara isu yang ditangani oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri termasuklah pemerolehan kerajaan kerana kita perlu melindungi
kepentingan usahawan Bumiputera, serta penyelesaian pertikaian pelabur-negara, yang membolehkan syarikat kecil dan swasta menyaman kerajaan negara-negara TPP,” katanya.

Mengenai inflasi, beliau berkata, ia dijangka menyederhana tahun ini disebabkan kenaikan harga berikutan penyusunan semula subsidi.

Bagaimanapun, kebimbangan lebih terarah kepada inflasi tahun depan, selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan, katanya.

“Dalam banyak negara di mana cukai itu kali pertama diperkenalkan, kajian ekonomi menunjukkan kenaikan inflasi 2-3 peratus semasa tahun pertama pelaksanaannya.

“Bagaimanapun, kesan ketara hanya berlaku semasa tahun pertama dan kajian menunjukkan keadaan akan reda selepasnya,” kata Yeoh.

Asli hari ini mengadakan sidang akhbar bersama dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bersempena Sidang Kemuncak dan Dialog Ekonomi Kebangsaan yang akan diadakan pada 7 Mac di Sheraton Imperial Hotel, di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan ucap tama pada sidang kemuncak itu.

Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong, turut hadir di sidang media tersebut.  – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment