Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 18, 2014

No Comment

KANGAR – Kerajaan Perlis akan menggunakan tanah untuk memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Padang Siding, di Ulu Pauh, Arau di sini.

Menteri Besar, Azlan Man berkat, tanah itu akan digunakan untuk menimbus kebakaran tersebut yang berlarutan sejak minggu lalu.

“Langkah ini paling selamat berbanding semburan air. Sebanyak 70,000 kubik meter padu tanah diperlukan untuk kerja-kerja ini.

“Kebakaran itu dijangka selesai dalam masa dua tiga hari lagi,” katanya pada Perasmian Seminar Kerjaya di sini hari ini.

Terdahulu, Azlan menyertai solat hajat memohon bencana kebakaran  tersebut tamat bersama penduduk di sekitar tapak pelupusan berkenaan.

Beliau dalam pada itu memaklumkan, lebih 700 murid Sekolah Kebangsaan Pauh terjejas dengan pencemaran udara akibat kebakaran itu.

Menurutnya, pelajar terbabit kini menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Budriah untuk meneruskan pembelajaran.

0 comments:

Post a Comment