Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 1, 2014

No Comment
Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan berarak di sepanjang laluan utama di Bangkok, semalam. Foto: EPA
BANGKOK - THAILAND. Mahkamah Sivil Thailand, semalam memutuskan untuk tidak mengeluarkan injunksi berhubung kesahihan perintah darurat di sini yang dikenakan kerajaan sementara pada minggu lalu.

"Tidak ada sebab kukuh untuk mahkamah menggantung pelaksanaan perintah darurat itu kerana kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan keras terhadap penunjuk perasaan," kata jurucakap mahkamah tersebut.

Keputusan itu dibuat selepas pemimpin Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC), Thaworn Senneam memfailkan tuntutan supaya mahkamah menggantung perintah darurat yang berkuat kuasa selama 60 hari di ibu negara dan kawasan sekitarnya.

Dalam perkembangan lain, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan pihak berkuasa mungkin akan menutup pusat pengundian jika keganasan tercetus ketikan proses membuang undi itu berlangsung.

Setiausaha Agung suruhanjaya tersebut, Puchong Nutrawong berkata, mereka lebih memberi tumpuan terhadap aspek keselamatan di kubu kuat pembangkang di ibu negara dan selatan negara terbabit.

"Pusat pengundian yang berhadapan ancaman keselamatan akan ditutup serta-merta," tegasnya menurut AFP.   

Kelmarin, polis memberitahu lebih 200,000 anggota mereka akan ditempatkan di seluruh negara bagi mengawai proses membuang undi pada hari esok

0 comments:

Post a Comment