Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 2, 2014

No Comment
Pemuda Umno Wilayah Persekutuan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan Teresa menerbitkan video didakwa berunsur provokasi.
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerbitkan video sempena Tahun Baharu Cina yang didakwa berunsur hasutan mengancam perpaduan dan keharmonian negara ini.

Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pihaknya mengutuk tindakan Teresa itu yang disifatkan biadab.

Mohd Razlan berkata, video berdurasi 11.39 minit itu mungkin dianggap sebagai jenaka sesetengah pihak bagaimanapun, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Parlimen.

Katanya, sebagai wakil rakyat Teresa sepatutnya memupuk keharmonian di kalangan rakyat.

“Kami mengutuk video ini yang bersifat perkauman. Kami kecam video ini yang boleh menggugat keharmonian rakyat,” katanya pada sidang media, semalam.Video tersebut mula dimuat naik di internet termasuk Youtube pada Isnin lalu.

Video dinamakan Teresa Kok ‘Onederful’ Malaysia CNY 2014 itu dikatakan memperlekeh sistem pendidikan di negara ini serta mengutuk semangat 1Malaysia diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Razlan berkata, beliau mempersoalkan mengapa video tersebut dikeluarkan semasa Tahun Baharu Cina seolah-olah Teresa berniat mencetuskan provokasi antara kaum.

Menurutnya, beliau mengingatkan Teresa supaya bersedia menanggung segala perbuatannya sekiranya rakyat marah.

“Teresa jangan marah kalau rakyat biadab dengan dia kerana provokasi ini dia mulakan,” katanya.

Mohd Razlan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung video tersebut dan beliau mendesak Teresa memohon maaf. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment