Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 1, 2014

No Comment

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi – tiada siapa dapat menyangkal hakikat ini.

Sebab itulah, setiap ibu yang baru melahirkan sering dipesan agar memberikan susu badan secara eksklusif selama dua tahun.

Bagaimanapun, masih ramai ibu yang tidak menyempurnakan hal ini atas pelbagai alasan.

Namun di Emiriyah Arab Bersatu, kini terdapat undang-undang baru yang mewajibkan setiap ibu agar menyusukan bayi mereka.

Undang-undang di bawah akta Hak Kanak-kanak yang diluluskan minggu lalu ini bermakna, ibu yang tidak menyusukan bayi mereka boleh dikenakan tindakan malah suami boleh menyaman isteri yang enggan berbuat demikian.

Bagi ibu yang menghadapi masalah pula, disediakan juru rawat bagi membantu menangani masalah mereka hinggalah proses penyusuan dapat dijalankan.

Jurucakap Pertubuhan Penyusuan Australia, Nicole Bridges yang mengulas perkara ini berkata, undang-undang mewajibkan ibu menyusukan bayi sesuatu yang tidak wajar kerana ia menambahkan tekanan pada sesetengah ibu zaman kini yang menghadapi bermacam-macam cabaran untuk melakukannya. - REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment