MELIHAT kertas kompaun yang diselitkan pada cermin hadapan kenderaan akibat kesalahan kecil di jalan raya memang menyakitkan hati.
Belum pernah lagi kami melihat ada insan-insan yang gembira tatkala melihat jumlah denda yang tertera pada kompaun tersebut.
Di Los Angeles, seorang pemilik akaun YouTube terkenal, Sam Pepper telah mengubah reaksi orang ramai yang apabila menerima ‘kompaun’ tersebut.
Berpakaian seperti seorang pegawai penguatkuasa, dia bertindak menyelitkan ‘kertas kompaun’ di cermin kenderaan biar pun pemiliknya berada berdekatan atau sedang berada di dalam kenderaan itu.
Apabila diminta memberikan penjelasan, dia memohon maaf dan mengatakan mereka melanggar kod letak kereta yang telah ditetapkan.
Tindakannya secara tidak langsung membuatkan para pemandu tersebut tidak berpuas hati dan berang.
Bagaimanapun, sebaik sahaja mereka membuka ‘kompaun’ tersebut, wajah marah mereka bertukar menjadi senyuman.
Apa tidaknya, bukan sahaja mereka mendapat nota “Have A Nice Day”, malah beberapa keping nota wang berjumlah $10 (RM33.27) juga turut diselitkan.
Kesimpulannya, inilah satu-satunya ‘kompaun’ yang mampu membuatkan anda tersenyum!
0 comments:
Post a Comment