Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 1, 2014

No Comment

KOT dan topi daripada rambut manusia? Kedengaran aneh, tetapi itulah yang berjaya dihasilkan  oleh seorang wanita, Xiang Renxian, 60, di Chongqing, China.

Pesara guru ini telah memulakan usaha menghasilkan kot dan topi yang dikait menggunakan rambutnya sendiri sejak 11 tahun lalu.

Menurut Xiang, dia sudah menggumpulkan rambutnya yang gugur secara semulajadi sejak berusia 34 tahun.

“Sewaktu muda, saya memang terkenal kerana memiliki rambut panjang yang cantik. Namun, semakin meningkat usia, kekuatan rambut saya semakin berkurangan. Ramai yang cemburukan rambut saya, jadi saya mengambil keputusan untuk terus menyimpannya termasuklah yang gugur,” jelasnya.

Selepas sekian lama menggumpul rambut gugurnya, Xiang akhirnya mendapat idea untuk mencipta sesuatu khas untuk suaminya.

Bermula pada tahun 2003, wanita itu memulakan projeknya sehinggalah kot dan topi tersebut siap dikait pada tahun 2011.


Bagaimanapun, dia merasakan kot tersebut perlu diperkemaskan lagi iaitu dengan meletakkan nama dan tarikh padanya.
Jadi, dia menunggu sehingga hujung tahun lalu untuk menggumpulkan rambut yang beruban bagi melaksanakan impiannya itu.

“Biar apa pun yang terjadi pada rambut saya pada masa akan datang, sekurang-kurangnya ia dapat mengingatkan saya mengenai zaman muda dan memori indah yang saya dan suami kongsikan bersama,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment