Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

JERANTUT – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Pahang (Perhilitan) merancang membina pagar elektrik sepanjang 15 kilometer di sempadan Hutan Simpan Som dan Kampung Som bagi menghalang gajah liar menceroboh kampung itu.

Ketua Pegawai Jabatan Perhilitan Temerloh/Jerantut, Ahmad Khairul Mislan berkata tahun lepas, lebih lima kali kumpulan gajah memasuki kampung tersebut dan memusnahkan kebun buah-buahan, pokok getah serta sawit mengakibatkan penduduk kerugian puluhan ribu ringgit.

“Jadi kita berharap dengan pembinaan pagar elektrik berkenaan, ia akan mengurangkan ancaman gajah liar di kampung itu sekaligus membolehkan orang kampung keluar ke kebun dan menjalankan kerja rutin harian mereka tanpa perasaan bimbang,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya kerja-kerja pembinaan pagar itu akan dilakukan sebaik sahaja menerima peruntukan daripada pihak berkenaan.

Anggota Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris pula memberi jaminan akan berusaha mendapatkan peruntukan khas bagi membina pagar itu demi keselamatan 390 penduduk.

Ketua Kampung Som, Mohd Satar Abdul Rahman merakamkan penghargaan kepada Perhilitan kerana sentiasa memantau dan meronda di kampung tersebut terutama apabila menerima aduan tentang kehadiran kumpulan gajah liar itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment