Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

Kad nama atau lebih dikenali sebagai business card merupakan salah satu daripada fungsi penting bagi pertukaran informasi, namun hampir setiap pengguna atau syarikat sering mencari sesuatu yang mampu diaplikasikan pada kad mereka untuk menarik perhatian ramai.

Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Arduboy kini mungkin mempunyai jawapan pada persoalan ini, dengan menampilkan permainan elektronik Tetris pada setiap kad.

Dimajukan oleh Kevin Bates, peranti ini merupakan papan nipis yang menghubungkan paparan OLED.

Kad ini juga direka dengan butang sensitif yang berfungsi sebagai kekunci kawalan, speaker untuk audio serta bateri yang mampu bertahan selama 9 jam.

Buat masa ini, Bates merancang untuk menyertakan projek ini ke program Kickstarter selain menubuhkan sebuah komuniti yang boleh memberikan idea berkenaan dengan modifikasi serta bentuk rekaan kad nama ‘generasi baru’ ini.

Beliau dikatakan bakal menjual kad ini pada harga ASD30 bagi setiap set; dan kini sedang menawarkan versi ‘buatan tangan’ yang dijual pada harga ASD50 bagi setiap set. Apa kata anda?

Sumber: Lowyat

0 comments:

Post a Comment