Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 29 Mac depan sebagai hari pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Balingian di Sarawak dan hari penamaan calon ditetapkan pada 17 Mac depan.

Ia diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

Pilihan raya itu bakal diadakan kerana kekosongan kerusi berkenaan selepas penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatan baru-baru ini dan kini telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Hari pengundian di Sarawak bakal diadakan selepas enam hari selesai PRK Dun Kajang pada 23 Mac depan.

Hari penamaan calon bagi pemilihan di Kajang pula ditetapkan pada 11 Mac nanti.

Di Kajang, PRK diadakan kerana penyandang kerusi Dun sebelum ini dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lee Chin Cheh meletakkan jawatan kerana ingin memberi laluan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding seterusnya kemungkinan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

0 comments:

Post a Comment