Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

SENAI – Seorang suri rumah tidak menyangka rutin hariannya menyediakan makanan untuk seisi keluarga bertukar tragedi apabila disimbah asid di kediamannya di Jalan Seroja, Taman Johor Jaya, dekat sini, 7.30 pagi kelmarin.

Akibat kejadian itu, mangsa berusia 46 tahun yang juga adik kepada Ketua Wanita Umno Cawangan Bakawali, Johor Jaya, Faridah Ahmad, 52, mengalami kecederaan di pipi dan leher serta tangan kanan.

Faridah berkata, ketika kejadian berlaku adiknya sedang membasuh beras berhampiran tingkap dapur yang terbuka sebelum tiba-tiba berasa perit dan panas pada bahagian muka, leher dan tangannya.

“Adik bergegas keluar meminta pertolongan jiran untuk memeriksa mukanya kerana ketika itu dia tidak dapat melihat dengan jelas akibat kecederaan yang dialami.

“Jiran yang terkejut melihat keadaan adik saya mengesyaki dia disimbah asid dan membawa adik masuk ke dalam rumah semula,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, adiknya segera dibawa ke klinik berhampiran dengan bantuan jiran sebelum mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Jelasnya, akibat kejadian itu, langsir tingkap dapur turut terdapat kesan terbakar dipercayai akibat simbahan asid berkenaan manakala baju yang dipakai adiknya berlubang.

“Adik saya juga terpaksa berulang-alik ke hospital sebanyak dua kali kerana luka yang dialami dan dia kini masih berada dalam keadaan trauma,” katanya.

Dalam pada itu katanya, tambah membingungkan adiknya tidak mendengar sebarang bunyi mencurigakan atau terlihat kelibat individu asing di kawasan berhampiran ketika kejadian berlaku.

Tambahnya, adiknya bernasib baik kerana tingkap dapurnya dilindungi langsir selain terdapat beberapa helai kain disidai pada tingkap.

“Jika tidak, adik saya pasti mengalami kecederaan yang lebih teruk. Laporan polis sudah pun dibuat dan kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku dan masih menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment