RIYADH – Arab Saudi hari ini mengumumkan 13 kematian baharu akibat virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS-CoV) ketika Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bersiap sedia mengadakan mesyuarat tergempar mengenai merebaknya wabak berkenaan.
Setakat ini MERS-CoV sudah mengorbankan 139 orang dan kira-kira 480 orang dijangkiti virus itu di Arab Saudi sejak dikesan pada 2012.
Ketika mengumumkan angka terkini itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata, enam orang meninggal dunia akibat virus berkenaan dalam tempoh 24 jam lalu.
Mereka terdiri daripada tiga wanita berusia 22, 26 dan 35 tahun yang meninggal dunia di Riyadh, manakala wanita berusia 68 tahun dan lelaki berusia 78 tahun meninggal di Madinah.
Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an pula meninggal di sebuah hospital swasta di Jeddah.
Jumaat lalu, kementerian berkenaan berkata, tiga lelaki berusia 94, 51 dan 42 meninggal dunia kerana MERS di Jeddah. – AFP
0 comments:
Post a Comment