Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 27, 2014

No Comment

Penyanyi dan pelakon popular, Maya Karin mendedahkan ada lelaki yang sanggup menunggu bertahun lamanya untuk dirinya menerima cinta daripada sang jejaka tersebut.

“Ya, ada lelaki yang sanggup tunggu saya sehingga tiga hingga lima tahun,” katanya memetik hlive!

Selain itu, pelakon kacukan Melayu-Jerman ini juga mengakui enggan mendedahkan identiti teman lelakinya malah menyifatkan dirinya seorang perahsia berkaitan hal-hal peribadi.

“Saya memang macam ini, tidak mahu berkongsi hal peribadi saya melainkan benda itu adalah penting.

“Malah kawan-kawan saya pun kadang-kadang tidak tahu siapa saya tengah berpacaran kerana saya senyap sahaja. Apatah lagi berkongsi secara umum di media sosial,” katanya lagi.

Maya, 35, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris, Muhammad Ali atau Steven David Shorthose pada 2008 di Itali sebelum disahkan bercerai pada 2010. 


Sumber: Audrey Lee / My News Hub

0 comments:

Post a Comment