Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment
Ahli kumpulan Al-Shabab yang ditahan polis, Khamis lalu.

KUALA LUMPUR - Kumpulan militan Al-Shabab dipercayai masuk ke negara ini untuk merekrut anggota baharu dalam usaha mengembangkan gerakan radikal mereka.

Menurut sumber, kumpulan ini menyasarkan warga Afrika Timur yang menuntut di institut pengajian tinggi di negara ini.

“Mereka menggunakan sama ada pasport curi atau palsu dan bergerak secara berkumpulan,” katanya

Menurutnya,  setakat ini tidak kurang daripada 10 ahli anggota Al-Shabab berada di Malaysia dan polis  sedang menjejak mereka berdasarkan maklumat disahkan oleh Interpol.

Khamis lalu, Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, menahan seorang lelaki  Afrika Timur yang dipercayai ahli kumpulan Al-Shabab.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media kelmarin, berkata pihak berkuasa percaya ada beberapa anggota kumpulan pengganas terbabit memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sejak dua tahun lalu.

Beliau berkata, polis turut menyiasat sama ada suspek yang diberkas itu mempunyai kaitan dengan 11 individu tempatan yang ditahan sebelum ini.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment