Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment

SEBELUM ini kami pernah berkongsi kepada pembaca mengenai hubungan cinta pelakon Arja Lee dengan Shima Anuar.

Dia sendiri cukup berterus-terang mengenai perkara itu kepada pihak media.

Entah macam mana tiba-tiba timbul pula desas-desus yang mengatakan Arja menjadi punca putusnya pertunangan seorang penyanyi baru, Indah Ruhaila yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 10.

Khabar itu juga seolah-olah menggambarkan Arja bermain kayu tiga dengan kekasihnya.

Menerusi portal hiburan GUA, pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya perkara itu dan menyatakan hubungannya dengan Indah adalah atas dasar kerja sahaja.

“Dalam AF10, Indah merupakan peserta wanita paling berusia dan jarak usia kami tidak jauh. Mungkin sebab itu saya mudah rapat dengannya dan kami mudah untuk berbincang tentang kerja.

“Saya baru nak menjalinkan hubungan dengan Shima. Fasa hubungan kami masih baru dan saya tak mahu terlalu terbuka bercakap tentang hubungan ini. Tapi antara saya dengan Indah memang tiada isu peribadi,” katanya.


Dengan penjelasan itu, rasanya tidak wajar jika ada pihak yang cuba mengaitkan Arja dengan Indah lagi.

Nanti tak pasal-pasal hubungannya dengan Shima pula yang berantakan disebabkan gosip nakal ini, tak gitu?


Sumber: Elza / MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment