KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak meminta kerajaan Perak menyelesaikan segera isu pertikaian yang berlaku dalam pelantikan Ahli Jawatankuasa Masjid kerana boleh merugikan masyarakat setempat.
Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pertikaian itu boleh diselesaikan jika kerajaan negeri menyerahkan perlantikan itu berdasarkan kehendak ramai.
“Kami mencadangkan perlantikan institusi masyarakat ini diserahkan kembali kepada mereka agar keputusan yang akan dicapai adalah secara sistem demokrasi yang adil.
“Kami akan terus memperjuangkan agar kaedah ini diguna pakai bagi mengatasi perbalahan dan juga pertikaian yang tidak akan selesai selagi keputusan majoriti bagi menentukan perlantikan seumpamanya,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Raja Ahmad mendakwa, isu itu jika tidak ditangani dengan baik akan merebak seperti perbalahan yang berlaku dalam pelantikan Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
0 comments:
Post a Comment