Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 4, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu seronok berbasikal dalam program “KL Car-Free Morning” pagi ini menyifatkan kegiatan itu merupakan senaman yang begitu hebat buat beliau.

“Saya begitu seronok berbasikal dalam program “KL Car-Free Morning” anjuran DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) bagi menyokong dasar kerajaan untuk mengurangkan 40 peratus pelepasan asap karbon dioksida menjelang tahun 2020,” kata Najib dalam status terbaharu Facebook beliau hari ini.

Najib berkata inisiatif kerajaan bagi meningkatkan kesesuaian bandar raya Kuala Lumpur untuk didiami dan oleh itu setiap orang perlu melakukan usaha secara kolektif untuk mempromosikan KL yang lebih hijau.

Beliau juga berkongsi tujuh keping gambar yang dirakamkan di sekitar KLCC yang menunjukkan beliau beramah mesra dengan para peserta dan mereka juga mengambil kesempatan bergambar dan selfie bersama Perdana Menteri.

Najib, yang lengkap berpakaian sukan, menyertai 10,000 pelumba dalam program berbasikal “KL Car-Free Morning” edisi kelima mengayuh basikal melalui Jalan Bukit Bintang, Jalan P.Ramlee, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang bermula pukul 7 pagi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment