Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

INDIA – Akibat badannya yang terlalu gemuk, seorang budak lelaki berusia empat tahun terpaksa menjalani pembedahan menutup 70 peratus daripada perutnya bagi membolehkan dia menurunkan berat badan.

Berat Rishi Khatau mencecah 44 kilogram pada bulan September lalu sebelum dia menjalani pembedahan.

Ibu bapanya, Henna dan Dipen Khatau telah mencuba pelbagai cara bagi menurunkan berat badan anak mereka namun gagal.

Rishi yang gemuk itu terpaksa meminjam kemeja t milik bapamya dan pinggangnya juga mencecah saiz 36.

Keadaan ini menyebabkan ibu bapanya tiada pilihan dan menghantar anaknya ke hospital untuk menjalani pembedahan gastrectomy, sekali gus menjadikan Rishi sebagai pesakit paling muda di dunia menjalani pembedahan berkenaan.

“Kami tiada pilihan lain. Kesihatannya akan bertambah teruk. Semua diet yang dijalankan ke atasnya gagal hinggakan doktor memberitahu keadaannya semakin serius dan pembedahan itu adalah jalan terakhir,’’ kata Dipen yang juga seorang peniaga tekstile.

Menurut Dipen, anaknya itu terlalu gemuk dan dia hanya boleh berbaring selama 10 minit sahaja setiap malam sebelum terjaga.

“Rishi mengalami masalah pernafasan dan kami amat bimbangkan kesihatannya,’’ kata Dipen.

Pembedahan itu menelan perbelanjaan kira-kira RM16,000 dan Dipen menggunakan semua simpanannya untuk rawatan tersebut.

Untuk tempoh empat bulan, Rishi hanya dibenarkan makan makanan bukan pepejal termasuk sup dan jus.

Kini selepas enam bulan pembedahan dijalankan, beratnya berkurang kepada 31 kilogram dan Rishi juga tidak mengalami masalah untuk tidur lagi pada setiap malam.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment