Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 10, 2014

No Comment



China sedang mempertimbangkan rancangan untuk membina sebuah laluan kereta api berkelajuan tinggi ke Amerika Syarikat.

Laluan yang dicadangkan akan bermula di timur laut China dan melalui Siberia, melalui sebuah terowong di bawah Lautan Pasifik dan merentasi Alaska dan Kanada untuk sampai ke benua Amerika , menurut satu laporan akhbar Beijing Times.

Menyeberangi Selat Bering di antara Rusia dan Alaska akan memerlukan kira-kira 200 km (125 batu) terowong dasar laut kata Wang Mengshu seorang pakar kereta api di Akademi Kejuruteraan China.

"Sekarang kita sudah dalam perbincangan. Rusia telah pun berfikir tentang ini selama beberapa tahun" kata Wang.

Projek ini - digelar "China -Rusia- Kanada- Amerika line" - yang sejauh 13,000 km.

Seluruh perjalanan akan mengambil masa dua hari, dengan kereta api bergerak pada purata 350kmh ( 220mph ).

Sumber: SCMP

0 comments:

Post a Comment