Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 15, 2014

No Comment

GEORGE TOWN – DAP akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Sabtu ini, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengiringi calon DAP untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh Deo melawat pasar basah Farlim di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal 27 Mei dan hari pengundian pada 31 Mei.

Pada pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment