Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

Rhode Island –Bukan sekadar cantik, tetapi cantik yang `berotak’. Itu yang dibuktikan pelakon Emma Watson yang lebih dikenali sebagai Hermione Granger dalam Harry Potter apabila menjadi antara 2,000 graduan yang menerima ijazah daripada Universiti Brown.

Watson mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang kesusasteraan Inggeris.

Pelakon berusia 24 tahun itu memasuki Brown pada 2009, iaitu tahun di mana dia dinamakan sebagai aktres cilik yang menerima pendapatan tertinggi untuk dekad ini oleh Guinness Book of World Records.

Dia kemudiannya bertukar dari Universiti Brown ke Universiti Oxford pada 2011 bagi menyambung kursus itu untuk tahun ketiga, namun berehat seketika selepas menandatangani filem The Perks of Being A Wallflower.

Menurut Emma, ketika mula-mula memasuki universiti itu, dia berasa bimbang dengan penerimaan pelajar di sana.

“Pada hari pertama ketika saya memasuki kantin, semua orang terdiam dan mereka memandang saya. Saya terpaksa berseloroh dan meminta mereka menarik nafas panjang,’’ katanya.

Meskipun sentiasa diburu paparazzi sepanjang menuntut di situ, dia berjaya menjalani kehidupan di situ sebagai orang biasa.

“Saya tidak perlu menandatangani autograf. Saya menganjurkan parti untuk kira-kira 100 pelajar dan tidak ada seorang pun yang memuatnaik dalam Facebook,’’ katanya.

Sepanjang menuntut di universiti itu, Watson turut berlakon beberapa filem termasuk Harry Potter and the Deathly Hallows, The Perks of Being a Wallflower, This is the End dan baru-baru ini, filem Noah.

Sumber: Daily Mail / My News Hub

0 comments:

Post a Comment